“Euwww Sams*ng Ke Tu??” – Aeril Zafrel Tujukan Kapsyen Twitter Untuk Adik Neelofa?

“Euwww Sams*ng Ke Tu??” – Aeril Zafrel Tujukan Kapsyen Twitter Untuk Adik Neelofa?

Baru-baru ini pelakon kacak Aeril Zafrel telah membalas status berkaitan jenama telefon pintar Sams*ng di laman Twitternya.

Rasanya dah 2 tahun tak selfie.. selfie satu kali lah…

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Seorang pengguna, Mohammed Zubair telah memuat naik gambar terbaru telefon bimbit keluaran jenama berkenaan di laman Twitternya, namun siapa sangka entri berkenaan mendapat perhatian suami kepada pelakon cantik Wawa Zainal.

Aeril telah berkongsi entri berkenaan dan meninggalkan komen “Euwww sams*ng ke tu?“.

Ekoran respon berkenaan, entri berkenaan mendapat lebih 12K perkongsian dan 7K likes daripada warga Twitter.

Rata-rata pengikut Twitter terhibur, malah ada juga menyindir dengan mengulang ayat adik kepada Neelofa, Ameera Khan yang dikatakan menghina jenama telefon bimbit berkenaan baru-baru ini.

Tidak hanya itu, lucunya ada juga yang mengajak Aeril untuk sama-sama masuk ke dalam kumpulan bawang (group khas buat individu yang suka mengecam dan menjaga tepi kain orang lain).

Walau bagaimanapun tidak jelas tujuan sebenar Aeril membalas komen berkenaan, sama ada dengan niat bergurau mahupun menyindir adik kepada usahawan tudung itu.

🚆

A post shared by SZ ♡ | Ameera Khan (@littlemisskhan) on

Terdahulu Ameera diminta untuk memilih antara jenama Sams*ng dan iPhon*, sebelum memilih jenama iPhon*, gadis berusia 18 tahun itu meng’euuww’kan jenama Sams*ng sehingga mengundang kecaman orang ramai.

Sumber: Kisah Dunia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*