Jangan Takut Kahwini Lelaki Yang Miskin Harta

Jangan Takut Kahwini Lelaki Yang Miskin Harta


Wahai wanita, jangan takut untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak kaya dengan harta benda kerana kekayaan boleh dicari bersama selepas mendirikan rumahtangga.

Tapi takutlah untuk berkahwin dengan lelaki yang miskin dari segi iman dan tanggungjawab, kerana hal itu bakal membuatkan kamu tidak bahagia dengan rumah tanggamu kelak.

Percayalah, saat kita berkahwin, Allah SWT akan membukakan pintu-pintu rezeki dengan mudah.


Ilustrasi
Allah SWT berfirman:

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nur: 32).

Percayalah, selama kita beriman dan bertaqwa di jalan Allah, maka sangat mudah bagiNya untuk mengabulkan segala doa-doa anak Adam, yang sedang meminta untuk diberkati kerana telah menyempurnakan separuh agamanya.

Sumber: Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*