“Saya izin suami berkahwin lain, tetapi…” – Siti Elizad tetap syarat suami untuk poligami

“Saya izin suami berkahwin lain, tetapi…” – Siti Elizad tetap syarat suami untuk poligami


Walaupun sudah 3 tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata, pelakon Siti Elizad tanpa berselindung akan mengizinkan suaminya berkahwin lain.

Walau bagaimanapun, dia tidak sanggup bermadu biarpun drama lakonannya iaitu Syurga Yang Kedua yang menceritakan norma-norma positif kehidupan berpoligami.

Menurut pelakon yang meminati motosikal berkuasa tinggi itu, dia bimbang akan melalui fasa kehidupan yang menganggu emosi sedangkan dirinya adalah individu yang gemarkan persekitaran positif.

Tambah Siti Elizad, dia pernah berkata kepada suaminya bermadu itu indah tetapi sekiranya dirinya tidak dapat sesuaikan dengan keadaan berkongsi kasih sayang, pelakon itu rela melepaskan suaminya Shamsul Baharin.


Justeru, dia lebih rela mengundurkan diri agar suaminya dapat hidup bahagia dan dirinya turut dapat mengecapi ketenangan.

Elizad berkata, dia tidaklah sekuat watak Sabrina seperti dalam lakonannya sebagai isteri pertama yang hidup bermadu dengan rakan baik sendiri menerusi drama tersebut.

Biarpun masih belum dikurniakan zuriat sendiri, namun Siti Elizad bertuah kerana memiliki dua orang anak tiri yang rapat dan manja dengannya.

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*